About Me...
Najwa Nazuha. Nama yang cukup indah diberi pada tanggal 10 Januari 1994. Mendapat pendidikan awal di SK Panglima Adnan dan kemudiannya menyambung pendidikan di SMK Bukit Saujana. Kedua-duanya terletak di sebuah bandar kecil iaitu Port Dickson. Port Dickson adalah sebuah daerah kecil yang sungguh cantik dan dihiasi dengan pemandangan pantai yang luas terbentang. Angin yang damai menaikkan lagi suasana ketenangan di bandar Port Dickson.
Melepasi umur 18 tahun merupakan satu penghijrahan besar dalam diriku apabila aku terpaksa meninggalkan bumi Port Dickson yang tercinta demi mengejar masa depan yang jauh lagi berliku. Menetap di daerah Tanjong Malim, Perak buat pertama kalinya di usia 18 tahun mengajarku erti mendewasakan diri. Melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Diploma Sains merupakan pengalaman yang manis tidak dapat ku lupakan. Ditemani sahabat karib yang comel-comel iaitu Aimi, Zety dan Farhatin mengindahkan lagi kehidupanku. Selesai sahaja 3 tahun menghabiskan sisa-sisa diploma ku disini, aku diberi nikmat dan rezeki oleh Allah SWT untuk melanjutkan pelajaran di tahap yang lebih tinggi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian selama 4 tahun di univeriti yang sama. Kini, kerjayaku lebih jelas menjurus ke arah seorang bakal guru yang diberi amanah untuk meneruskan matlamat membentuk dan membimbing generasi yang akan datang.
Kini, usiaku menjangkau 22 tahun dan aku lebih fokus kepada pelajaranku. Tahun 2020 merupakan detik yang dinantikan bagi aku menggenggam segulung ijazah yang ku nantikan. Doakan aku supaya segalanya berjalan dengan lancar. Aamiin..