Video kehidupanku...
- https://youtu.be/S7zHGCJcEvI
- Mar 22, 2016
- 1 min read
Ini adalah video yang saya hasilkan sendiri mengenai kehidupan saya. Video ini dihasilkan dengan menggunakan aplikasi Movie Maker yang terdapat dalam setiap komputer riba. Movie Maker mudah digunakan dan sesuai juga untuk menghasilkan sesebuah filem atau jalan cerita. Dengan menggunakan Movie Maker, kita boleh memasukkan gambar atau video di bahagian "add video or photo" untuk digabungkan menjadi sebuah jalan cerita. Selain itu, kita juga boleh memasukkan lagu-lagu yang kita minati untuk mengiringi video atau gambar-gambar kita untuk kelihatan lebih menarik. Suara kita juga boleh dimasukkan dengan cara klik bahagian "narration" dan kita boleh rakam suara secara terus atau merakamnya pada bila-bila masa sahaja. Kemudian, segala pergerakan gambar atau video juga boleh ditetapkan dengan cara klik bahagian "animation". Terdapat pelbagai pergerakan yang telah disediakan. Akhir sekali, dengan menggunakan Movie Maker, kita juga boleh memotong video untuk membuang rakaman yang tidak diperlukan dan juga memanjangkan atau melambatkan lagi pergerakan video kita. Segala-galanya boleh dilakukan dengan menggunakan Movie Maker. Maka, anda tidak perlu risau lagi sekiranya video anda kurang menjadi atau memuaskan semasa dirakamkan kerana Movie Maker mampu untuk mengubahnya menjadi lebih menarik !
Commenti