top of page
Search

Hasil kerja menggunakan Microsoft Power Point dan tips dalam menggunakan Microsoft Power Point

  • Writer: najwanazuha94
    najwanazuha94
  • Jun 3, 2016
  • 1 min read

Antara tips yang boleh saya kongsikan di sini mengenai Microsoft Power Point adalah :

1. Pilih "background" yang menarik dan sesuai mengikut tema perbentangan anda. Di dalam Microsoft Power Point juga disediakan pelbagai "background" yang menarik, namun anda juga boleh mencarinya di laman "google" untuk mendapatkan "background" yang diingini. Jika ingin memilih 'background' daripada Microsoft Power Point, anda boleh klik 'design'. Di situ anda boleh pilih 'background' yang anda minat.

2. Kemudian , selepas memasukkan "background", anda juga bolehlah memikirkan tentang susunan isi kandungan yang anda bakal bentangkan. Namun, setiap 'slide' yang telah anda hasilkan boleh juga diubah kedudukannya dengan hanya 'drag' slide yang diinginkan ke tempat yang anda mahukan.

3. Dengan menggunakan Microsoft Power Point juga, anda boleh memasukkan video atau gambar ke dalam 'slide' anda dengan cara klik di bahagian 'insert', kemudian anda boleh pilih jenis yang anda ingin masukkan seperti video, gambar, audio dan sebagainya. Tambahan lagi, anda juga boleh memasukkan graf atau 'table' untuk menunjukkan fakta pembentangan anda. Caranya, klik 'insert',kemudian klik pula 'chart'. Di situ anda boleh pilih pelbagai bentuk graf yang anda inginkan.

4. Seterusnya, pada bahagian 'Transition', di situ adalah tempat untuk anda pilih pergerakan 'slide' anda. Pelbagai jenis pergerakan yang disediakan oleh Microsoft Power Point yang anda boleh pilih supaya perbentangan anda menjadi lebih menarik.

5. Pada bahagian 'animations' pula, di situ pula adalah tempat untuk memilih pergerakan tulisan di 'slide' anda.

6. Akhir sekali, jika anda sudah yakin dengan hasil kerja anda, bolehlah 'save' hasil kerja anda untuk dibentangkan pada hari yang dinantikan.

SELAMAT MENCUBA !!


 
 
 

Recent Posts

See All
Tips menghasilkan blog yang menarik

Ini merupakan tips yang telah saya perolehi untuk membantu anda menghasilkan blog yang kemas, cantik dan mampu menarik minat pengikut...

 
 
 

Comments


RECENT POSTS:
SEARCH BY TAGS:

© 2023 by NOMAD ON THE ROAD. Proudly created with Wix.com

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • Instagram Black Round
bottom of page