Tips dan cara membina graf menggunakan Microsoft Excel dengan mudah
- najwanazuha94
- Jun 3, 2016
- 2 min read
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Okay, post saya kali ini lebih menjurus ke arah membina graf dengan menggunakan Microsoft Excel. Saya rasa ramai di antara kita yang masih pening-pening tentang cara membina graf di Microsoft Excel. Maklumlah, Microsoft Excel adalah medium yang acap kali kita gunakan dalam kehidupan seharian kita seperti dalam menyiapkan tugasan assignment mahupun tugasan di pejabat. Oleh itu, pada hari ini, saya akan beri anda sedikit sebanyak tips dan cara yang paling mudah untuk membina graf dengan betul !
Pertama sekali, kita perlu pastikan maklumat atau data yang ingin kita gunakan untuk membina graf sudah tersedia. Jika belum,sediakan data atau maklumat dengan baik serta teratur supaya memudahkan kita untuk membina graf. Contoh data atau maklumat yang telah siap dimasukkan boleh dirujuk dalam GAMBAR 1 di bawah :

GAMBAR 1 : contoh maklumat yang telah dikemaskini
Berdasarkan GAMBAR 1 saya tersebut, saya ingin menghasilkan graf mengenai Peratus Pencapaian Matematik Tahun 3 dan 4. Oleh itu, saya hanya menggunakan maklumat peratus dan juga gred sebagai Y-AXIS dan X-AXIS saya di dalam graf tersebut. Anda juga perlulah memastikan maklumat Y-AXIS dan X-AXIS anda dengan betul terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan.
Untuk membina graf, klik Insert, kemudian kita boleh pilih bentuk graf yang kita mahukan. Di sini, saya menggunakan graf Column. Selepas kita klik Colomn, kita boleh pilih jenis yang kita mahukan. Saya memilih graf 2D Column. Selepas klik 2D Column, pada skrin laptop kita akan kelihatan kotak yang berwarna putih. Seperti contoh boleh dilihat pada GAMBAR 2 :

GAMBAR 2
Kemudian, selepas muncul kotak putih tersebut, Right Click kotak putih itu dan kemudian kita pilih Select Data. Seterusnya, kotak Select Data Source akan keluar di skrin laptop anda. Seperti contoh dalam GAMBAR 3 :

GAMBAR 3
Pada bahagian Legend Entries, di situ kita perlu memasukkan maklumat Y-AXIS kita di dalam graf tersebut. Klik Add, akan keluar satu kotak yang mengandungi Series Name dan Series Values. Series Name adalah untuk kita masukkan nama maklumat kita itu, seperti contoh saya letakkan sebagai Tahun 3. Series Values pula adalah untuk kita letakkan nilai maklumat atau data kita.Oleh itu, kita pergi ke kotak maklumat atau data yang telah kita sediakan, klik kesemua maklumat peratus seperti contoh klik cell 6F dan tarik sehingga cell 16F. Selepas itu kita klik OK. Itu baru maklumat atau data pertama yang kita masukkan. Sekarang, saya mempunyai maklumat yang kedua iaitu peratus untuk Tahun 4. Ulangi langkah tersebut dengan klik butang Add untuk memasukkan peratus untuk Tahun 4 pula.
Selepas siap, kita beralih pula ke bahagian Horizontal iaitu maklumat untuk X-AXIS pula. Kita klik Edit, selepas itu kita masukkan maklumat yang hendak kita letakkan sebagai X-AXIS kita. Seperti contoh, X-AXIS saya adalah nilai Gred. Oleh itu, saya akan klik di cell 6D dan tarik sehingga cell 16D. Kemudian klik OK. Akhirnya, kita berjaya masukkan segala maklumat ke dalam graf kita.
Selepas kita klik OK sebentar tadi, graf kita akan muncul di skrin laptop seperti GAMBAR 4 di bawah :

GAMBAR 4
Graf kita telah pun siap dibina. Walau bagaimanapun, kita boleh ubah kekemasan graf kita mengikut citarasa kita. Caranya, klik pada graf kita, kemudian klik pula pada Chart Tools di bahagian atas. Di situ terdapatnya Design, Layout dan Format. Ubahlah mengikut citarasa anda.
Graf yang telah siap diubah adalah seperti GAMBAR 5 di bawah :

GAMBAR 5
Graf kita telah siap !!
Comments